Saya senaraikan lima sebab kenapa orang kita sering gagal buat duit di Internet. Sekiranya anda bercita-cita untuk memulakan perniagaan Internet anda pada tahun 2016 ini, silalah baca dan sematkan dalam jiwa sebagai peringatan..
1. Takut keluar modal. Nak bisnes mesti ada modal, tak perlu keluarkan beribu- ribu RM. Modal di bawah RM100 sahaja pun. Cuba fikir dan banding dengan bisnes kovensional, nak buka gerai burger pun perlukan RM1000.
2. Tak mahu belajar. Ramai yang fikir pening kepala walaupun belum mencuba. Mereka dah kerutkan dahi mereka sepertilah apa yang dipelajari di dalam bidang Internet Marketing ini sesuatu yang amat susah. Padahal, belum cuba lagi.
3. Tak mahu buat. Ini kes selepas belajar tetapi dibiarkan ilmu yang ada terperap sahaja. Akhirnya, lupa begitu sahaja. Belajar dan pratikkan itu yang penting.
4. Tidak tahan lama. Promosi bisnes dalam sehari dua, tiada sambutan sudah putus asa. Kemudian, terus salahkan itu ini. Padahal diri sendiri yang harus dipersalahkan. Saya syorkan buat apa-apa bisnes mesti tahan 3 bulan.
5. Tiada perwatakan seorang ketua. Kita tidak boleh harapkan telunjuk orang sahaja. Suruh buat itu, suruh buat ini, kita pun buat. Kita kena boleh berfikir dan buat analisa. Kita mesti mampu membuat perubahan jika perlu. Kita kena proaktif dan mengambil inisiatif.