Author: yusofkushairi
PROJEK INCOME US DOLLAR $$
Buat Pertama Kalinya!
Terima kasih kerana berminat untuk menjana income dalam US Dollar!
Ianya 100% menggunakan Sistem Pemasaran Internet via Autoresponder Trafficwave yang telah Terbukti BERKESAN!
12 bulan dari sekarang, Income Pasif ini akan terus berkembang dan berkembang sehingga tak masuk akal jadinya!
Adakah anda ingin menikmati income sebegini?
Sila masukkan Nama, Email dan Nombor Handphone (yang ada Whatsapp) Anda di bawah dan Klik “Submit” untuk dimasukkan dalam support group Whatsapp “Projek Income USD”.
Anda juga boleh terus daftar di SINI untuk join program Affiliate Projek USD tersebut. Penerangan lanjut akan dibuat dalam group Whatsapp. 🙂 KLIK SINI UNTUK DAFTAR PERCUMA!
Sekiranya anda sudah mendaftar, TAHNIAH! Anda cuma perlu tunggu untuk dimasukkan dalam support group Whatsapp kami di mana detail info mengenai Projek Income USD ini serta 7 Langkah untuk bermula akan diBONGKARkan! 🙂
Kemudian sila dapatkan Ebook Tutorial Panduan Autoresponder TrafficWave di sini.
Dapatkan juga website replika Trafficwave dalam bahasa Malaysia di sini.. (sila klik gambar di bawah utk daftar)
4 Tabiat Jutawan Online Yang Boleh Anda Ikut dan Praktikkan
4 Tabiat Jutawan Online Yang Anda Perlu Tahu
Sebagai manusia, kita pasti mempunyai tabiat dan kebiasaan dalam melakukan sesuatu perkara. Jika anda mahu berjaya, sudah pastilah anda perlu melihat kepada profil-profil individu yang sudah berjaya agar anda boleh mengecapi hasil yang sama.
Ramai orang yang ingin berjaya di luar sana suka MENIRU cara jutawan yang sedia ada dan menambah ilmu daripada mereka. Memang benar, tetapi, dengan meniru sahaja tidak memadai. Anda seharusnya memiliki dan mempunyai tabiat-tabiat para jutawan ini agar anda akan menjadi lebih baik daripada mereka pada masa akan datang.
Jadi, di sini saya mahu kongsikan kepada anda 4 TABIAT jutawan online yang boleh anda amalkan…
1. Kerja Keras
Untuk berjaya dalam sesuatu perkara, kita perlu berusaha keras untuk mencapainya..
Jika anda pernah baca kisah-kisah inspirasi mengenai student Sifufbads, ramai antara mereka yang sudah capai sales 5 angka, malah ada yang dah capai sales 6 angka sebulan..
.. tapi, apa yang kita tidak tahu adalah, kisah-kisah ‘disebalik tabir’ yang mereka hadapi untuk jadi seperti diri mereka sekarang ini.
Mereka tidak takut untuk BEKERJA KERAS dan keluar daripada zon selesa. Mereka tidak risau untuk melakukan perkara yang belum pernah mereka lakukan sebelum ini. Jika gagal, itulah rasa yang mereka gelarkan sebagai resepi untuk mencapai kejayaan.
Anda tanyalah mana-mana jutawan pun, sebenarnya tiada rahsia pun untuk menjana pendapatan yang tinggi dalam TEMPOH yang singkat. Yang ada hanyalah kerja keras yang KONSISTEN, disiplin yang tinggi, kecekalan untuk sentiasa bertindak dalam apa-apa keadaan sekalipun, dan terus-menerus BERDOA kepada yang esa.
Tiada SHORTCUT yang ada untuk berjaya.
2. Matlamat Yang Jelas
Pada peringkat permulaan, untuk dapatkan sesuatu perkara, kita perlu bekerja keras. Rahsia sebenar orang yang berjaya adalah mereka sanggup bekerja keras dan bersusah payah untuk capai impian mereka.
Kenapa?
.. kerana mereka tahu dengan kerja keras tersebut, mereka akan dapat hasil yang setimpal. Mereka ada MATLAMAT dan gol yang jelas. Ia boleh diibaratkan seperti pemain bola yang sanggup bersusah payah meredah sayap pertahanan pasukan lawan demi menjaringkan gol!
Untuk menetapkan matlamat yang jelas, anda perlu tetapkannya sejelas-jelas yang mungkin.
Ini antara contohnya…
Yang manakah anda rasa lebih bersemangat apabila membaca ayat-ayat dibawah :
“Apabila saya kaya, saya nak beli sebuah kereta yang mewah.” atau, “Apabila saya kaya, saya nak beli sebuah Lamborghini Aventador LP 750-4 Superveloce, warna merah.”
Yang mana satu pilihan anda yang anda rasa boleh memberi semangat kepada anda untuk bekerja keras?
Letakkan gambar matlamat anda di tempat yang anda SELALU lihat. Contohnya, dengan menggantungkannya di bilik tidur, menetapkannya sebagai wallpaper komputer anda, dan sebagainya.
Cara-cara ini boleh membuatkan anda semakin jelas dengan apa yang anda mahukan dan tidak fokus dengan matlamat yang kabur. Jadi, apa yang perlu anda lakukan sekarang, JELASKAN apa matlamat anda, apa perkara apa yang anda mahukan dan bayangkan apa hasil selepas bekerja keras untuk matlamat anda.
3. Berani Untuk Gagal
Rasa TAKUT untuk gagal biasanya akan membuatkan anda terlalu berhati-hati..
Jika anda terlalu berhati-hati dan takut untuk gagal, anda akan terlepas peluang yang ada mungkin sudah ada di hadapan mata anda. Semuanya disebabkan anda terlalu takut untuk melakukan sesuatu.
Mereka yang berjaya suka untuk mengambil cara dan jalan yang berbeza. Bagi mereka, daripada takut untuk gagal, lebih baik mereka gagal kerana mencuba. Dari kegagalan tersebut tu mereka akan dapat pengalaman yang berharga. Mereka tahu bahawa risiko dan kegagalan itu adalah lumrah bagi setiap keputusan yang dibuat.
Jadi, bukankah kita boleh belajar daripada setiap kesilapan yang kita lakukan?
Walaubagaimanapun, anda janganlah fikir yang anda akan terus gagal jika melakukan apa-apa keputusan di luar sana. Itu pemikiran yang kurang cerdik namanya.. tetapi, jika anda gagal, terima kegagalan tersebut sebagai satu titik permulaan baru untuk anda berusaha dengan cara yang lebih baik dan berbeza.
Ya, ianya mungkin agak memenat dan meletihkan, tetapi.. anda boleh menggunakan kegagalan itu sebagai penambahbaikan dalam hidup dan bisnes anda. Apabila anda sudah biasa dengan kegagalan, anda akan jadi semakin kuat dan tidak kisah dengan apa pun perkara yang berlaku. Asalkan anda boleh capai TARGET matlamat yang anda telah tetapkan.
4. Cari Mentor Jutawan
Jika anda mahu belajar menjahit, anda tidak akan jadi pakar dalam kemahiran itu dalam sekelip mata. Jika nak belajar sendiri, anda perlu AMBIL MASA. Jadi, anda perlu cari MENTOR yang boleh mengajar anda. Itulah cara paling PANTAS jika anda nak belajar sesuatu yang baru.
Anda sudah dapat menjimatkan masa yang anda luangkan untuk belajar berseorangan. Contoh, jika anda ingin belajar menjahit sendiri, mungkin anda akan mengambil masa selama 3 tahun dan lebih. Tetapi, jika anda mempunyai mentor, anda mungkin akan menjadi pakar dalam menjahit lebih kurang dalam tempoh setahun sahaja.
INGAT! Perkara yang paling penting jika anda ada mentor adalah, mentor tersebut akan memberi anda jalan pintas untuk capai apa yang anda nak. Mentor pastinya akan tunjukkan cara yang beliau sudah gunakan dan pastinya sudah terbukti berkesan..
Beliau takkan biarkan anda melakukan kesilapan yang sama seperti yang beliau pernah lakukan dulu.
Apapun, yang paling penting adalah, anda kena terus-menerus POSITIF dengan diri anda dan syukuri segala apa yang berlaku dalam diri anda. Setiap apa yang berlaku itu ada SEBAB dan MANFAATNYA. Lihatlah setiap kesilapan itu sebagai GURU yang mengajar kita agar kita melakukan perkara yang sama.
Baik, itu sahaja, semoga artikel kali ini memberi manfaat kepada anda.
Kredit: Sifu JaMaL (SifuFBads)
Tentang Saya
Nama sebenar saya Muhamad Yusof Ahmad Kushairi merupakan seorang Usahawan Millenium dan “Underground” Internet Marketer (IM)… penulis & pemilik website/blog ini.
Telah mula berkecimpung dalam dunia IM ini secara sambilan sejak tahun 2008 lagi dan secara serius pada tahun 2014.
Tujuan diwujudkan website ini adalah untuk membantu usahawan-usahawan baru serta memberi info terkini mengenai industri IM dan produk-produk IM yang berkualiti dan mendapat sambutan hangat di luar sana.
Saya juga bersedia memberi Personal/Group Coaching atau Seminar (secara online atau offline) kepada yang berminat.. tentang bagaimana hendak mulakan Bisnes Online dengan betul termasuk memilih produk yang Hot, membina website/blog, setup Facebook Page, setup Autoresponder, membina list Database, cara promosi melalui Email Marketing, Affiliate Marketing, Dropship, Facebook Ads, Google Adwords dan banyak lagi.
Di samping itu, saya juga adalah jurulatih seni bela diri “Aikido” di Bandar Baru Bangi dan Ampang, KL. (www.myaikido.org)
Saya boleh dihubungi seperti berikut:-
H/P: 012-3919372
Email: senseiyusof@gmail.com atau yusof4kushairi@gmail.com
4 Kunci Menjadi Usahawan JUTAWAN
Apakah kunci-kunci untuk menjadi seorang usahawan JUTAWAN?
Menurut Dr Thomas Stanley, beliau telah melakukan penyelidikan keatas beratus-ratus usahawan jutawan dan mendapati 4 kunci yang perlu ada untuk menjadi seorang usahwan jutawan adalah…
1. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam orang-orang yang pandai berkomunikasi, terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.
2. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi
Seringkali dalam mencapai kejayaan, kita perlu bersaing- sama ada dalam perniagaan atau dalam tangga koprat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa.
3. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi
Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada teratas di dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi “Leaders are readers”, mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita. Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain.
4. Mencintai karier dan perniagaan
Tidak dapat dinafikan lagi, mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira penat lelah.
Persoalannya adalah: adakah anda memiliki 4 kunci di atas?
Kredit: sifu Irfan Khairi
4 Cabaran Bakal Usahawan (usahawan baru)
Terutamanya bagi bakal usahawan dan usahawan baru, tentunya pelbagai persoalanan yang bermain di kepala. Antara soalan-soalannya ada yang sehingga membuatkan diri sendiri takut untuk memulakan perniagaan! Jangan sehingga begitu… dalam apa sahaja masalah dan kerisauan, pastinya ada penyelesaian yang dapat merungkaikan kerisauan itu.
Berikut adalah antara 4 top cabaran yang sering difikirkan oleh bakal usahawan, dan penyelesaian mudahnya…
1. Tak tahu nak mula di mana?
Mulakan sesuatu walaupun sedikit. Memulakan sesuatu itu akan memberi momentum dan semangat kepada diri kita untuk meneruskan usaha. Tidak kira apa sahaja perniagaan, mungkin mulakan sesuatu itu adalah semudah memulakan Facebook page atau Instagram untuk perniagaan itu (walaupun perniagaan belum bermula).
Apa yang penting- bermula sesuatu untuk memulakan momentum anda!
2. Takut bukan pakar
Tidak perlu jadi pakar untuk berniaga. Ketika saya mula berniaga saya bukan pakar periagaan Internet. Ketika saya mula mengajar kendalikan seminar atau workshop dan kelas, saya bukannya speaker pakar. Lihat sahaja chef-chef pakar di TV. Adakah mereka terus jadi pakar dan keluar TV? Ataupun bermula sedikit demi sedikit sehingga menjadi seorang yang pakar dan dikenali?
Kepakaran akan datang dengan pengalaman. Tapi, kalau tak bermula, mana nak dapat pengalaman bukan?
3. Nanti orang kata kita gila
Mulut orang kita tidak boleh tutup. Tambah-tambah mereka yang jenis takut pada perniagaan. Pastinya kata kita gila kerana memulakan perniagaan. Tapi, yang sering memberi kata-kata negatif adalah mereka yang tidak berpengalaman dalam berniaga.
Berjumpa dengan mereka yang berpengalaman dalam berniaga pastinya mereka akan memberi semangat kepada anda untuk teruskan usaha!
4. Takut gagal diri dan keluarga
Takut gagal adalah musuh utama. Gagal akan memberi pengajaran. Tetapi, takut gagal akan membuatkan kita tidak mengambil langkah pertama. Apatah lagi takut gagal dan melibatkan keluarga yang mempunyai high hopes untuk kita berjaya.
Di sinilah perlunya kefahaman dan perbincangan bersama keluarga. Pernigaan bukan semuanya indah dan berjaya sahaja. Kegagalan adalah sebahagian daripada apa yang perlu dilalui untuk berjaya. Terutamanya suami dan isteri perlu memahami ini dan memberi sokongan antara satu sama lain.
Sebelum berniaga, duduk berbincang bersama suami dan isteri terlebih dahulu supaya kedua-dua pihak faham ada kebarangkalian kegagalan dalam perniagaan. Dan sekiranya ini berlaku, sokongan adalah amat perlu untuk bangun semula dan cuba lagi.







