2015 vs 2016

Pejam celik tanpa kita sedar tahun 2015 sudah hampir meninggalkan kita.. cepat sungguh masa berlalu.. Tak lama lagi tahun 2016 pula akan bermula. Umur pun semakin meningkat.

Sekolah pun dah bercuti panjang.. apakah plan anda hujung tahun ni? Takda nak pergi bercuti-cuti bersama keluarga ke? Saya insyaallah akan bercuti ke selatan (Johor Bahru & Mersing).. inilah masanya saya menikmati “masa kualiti” bersama keluarga selepas hampir setahun bertungkus-lumus bekerja dan menguruskan perniagaan-perniagaan saya. Saya juga harap anda mengambil langkah serupa. Tak perlu pergi tempat mahal-mahal pun, yang penting masa bersama keluarga. Tak kira betapa kaya pun kita kalau kita tiada masa dengan keluarga yang tercinta, tiada guna segala kekayaan tu. Betul tak?

Dalam bulan Disember ini juga amat sesuai untuk kita review semula pencapaian bisnes/kerja kita sepanjnag tahun 2015 dan merancang untuk tahun 2016.

Perkongsian/ nasihat saya kali ini

1) Bermula dengan IMPIAN.. Jangan takut memasang Impian sebab dengan adanya impianlah yang akan “memaksa” kita bertindak.

2) Jangan tunggu semuanya sempurna baru nak bertindak.. Maksudnya jangan tunggu perancangan cantik 800 mukasurat baru nak mula,TAPI bermula dengan sedikit dan ubah jika perlu. Kalau tak, sampai bila pun anda takkan bermula dan buat.

Nasihat Dr Azizan Osman

.. kalau nak berjaya kena ada 5 perkara ini:-

M – Mentor

E – Ilmu

S – Sistem

T – Tindakan

I – Intention (Niat yang betul)

Orang yang berjaya adalah orang yang terlebih dahulu membuat keputusan bahawa dia perlu berjaya. Mereka ini adalah orang yang tahu dengan JELAS kenapa dia perlu Berjaya. Ianya dipanggil “Big Why”! Iaitu tahu dengan sejelas-jelasnya kenapa dia perlu berjaya. Matlamatnya untuk ber sangat-sangat kuat dan besar sehingga tidak ada sebarang halangan yang mampu menggoyahkan keputusannya untuk berjaya.

Namun, kejayaan tidak akan tercapai dalam sekelip mata tanpa tindakan yang pantas dan berterusan. Ada orang akan kaya setelah berpuluh tahun berusaha. Ada yang langsung putus asa separuh jalan. Jadi di manakah anda sekarang?

Saya doakan semoga kita semua Berjaya, Kaya dan Sejahtera sepanjang tahun 2016 nanti dan juga tahun-tahun berikutnya. Aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *