4 Cabaran Bakal Usahawan (usahawan baru)

Terutamanya bagi bakal usahawan dan usahawan baru, tentunya pelbagai persoalanan yang bermain di kepala. Antara soalan-soalannya ada yang sehingga membuatkan diri sendiri takut untuk memulakan perniagaan! Jangan sehingga begitu… dalam apa sahaja masalah dan kerisauan, pastinya ada penyelesaian yang dapat merungkaikan kerisauan itu.© Copyright 2010 CorbisCorporation

Berikut adalah antara 4 top cabaran yang sering difikirkan oleh bakal usahawan, dan penyelesaian mudahnya…

1. Tak tahu nak mula di mana?

Mulakan sesuatu walaupun sedikit. Memulakan sesuatu itu akan memberi momentum dan semangat kepada diri kita untuk meneruskan usaha. Tidak kira apa sahaja perniagaan, mungkin mulakan sesuatu itu adalah semudah memulakan Facebook page atau Instagram untuk perniagaan itu (walaupun perniagaan belum bermula).

Apa yang penting- bermula sesuatu untuk memulakan momentum anda!

2. Takut bukan pakar

Tidak perlu jadi pakar untuk berniaga. Ketika saya mula berniaga saya bukan pakar periagaan Internet. Ketika saya mula mengajar kendalikan seminar atau workshop dan kelas, saya bukannya speaker pakar. Lihat sahaja chef-chef pakar di TV. Adakah mereka terus jadi pakar dan keluar TV? Ataupun bermula sedikit demi sedikit sehingga menjadi seorang yang pakar dan dikenali?

Kepakaran akan datang dengan pengalaman. Tapi, kalau tak bermula, mana nak dapat pengalaman bukan?

3. Nanti orang kata kita gila

Mulut orang kita tidak boleh tutup. Tambah-tambah mereka yang jenis takut pada perniagaan. Pastinya kata kita gila kerana memulakan perniagaan. Tapi, yang sering memberi kata-kata negatif adalah mereka yang tidak berpengalaman dalam berniaga.

Berjumpa dengan mereka yang berpengalaman dalam berniaga pastinya mereka akan memberi semangat kepada anda untuk teruskan usaha!

4. Takut gagal diri dan keluarga

Takut gagal adalah musuh utama. Gagal akan memberi pengajaran. Tetapi, takut gagal akan membuatkan kita tidak mengambil langkah pertama. Apatah lagi takut gagal dan melibatkan keluarga yang mempunyai high hopes untuk kita berjaya.

Di sinilah perlunya kefahaman dan perbincangan bersama keluarga. Pernigaan bukan semuanya indah dan berjaya sahaja. Kegagalan adalah sebahagian daripada apa yang perlu dilalui untuk berjaya. Terutamanya suami dan isteri perlu memahami ini dan memberi sokongan antara satu sama lain.

Sebelum berniaga, duduk berbincang bersama suami dan isteri terlebih dahulu supaya kedua-dua pihak faham ada kebarangkalian kegagalan dalam perniagaan. Dan sekiranya ini berlaku, sokongan adalah amat perlu untuk bangun semula dan cuba lagi.

Kredit: sifu Irfan Khairi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *