10 langkah mudah memulakan perniagaan affiliate.

small-business-coaching

Affiliate adalah perniagaan internet. Kejayaan dalam affiliate hanya akan menjelma jika kita melayan ia ia sebagai entiti perniagaan. Kebanyakan dari newbie affiliate gagal dalam perniagaan mereka di sebabkan kesombongan mereka untuk menganggap affiliate adalah perniagaan. Mereka selalunya menganggap affiliate adalah hanya teknik jana wang yang ringkas di internet.

Malangnya ia bukan. Beratus-ratus affiliate menjana tujuh angka setahun melalui affiliate dan ia adalah perniagaan yang sah. Semua orang boleh membuka perniagaan affiliate sendiri dan di sebabkan ini ramai newbie affiliate menganggap ia hanyalah satu pekerjaan yang biasa. Tetapi mereka tidak tahu ia adalah perniagaan sebenar.

Bagi membantu anda membina perniagaan affiliate, saya senaraikan 10 langkah mudah memulakan perniagaan affiliate.

 

Belajar cara menguruskan webiste.

Perkara pertama yang anda perlu belajar dalam perniagaan affiliate adalah cara-cara menguruskan webiste. Anda perlu belajar bagaimana hendak menguruskan blog, menguruskan minisite dan landing page. Anda perlu belajar dan mahir dalam selok belok asas mewujudkan dan menguruskan website anda sendiri. Jangan kedekut untuk laburkan wang untuk belajar kemahiran ini kerana ia pasti berguna nanti.

Jika anda kekurangan wang, jangan jadikan ia sebagai alasan pula. Anda boleh belajar secara percuma di internet di samping anda gunakan teknik cuba dan jaya. Ingat, affiliate adalah perniagaan dan ia perlu di layan seperti perniagaan di mana anda lakukan apa yang perlu untuk memantapkan perniagaan anda.

 

Pilih topik yang menarik.

Selepas itu, anda cari topik yang menarik bagi anda. Sama seperti perniagaan sebenar, jika anda ingin membuka perniagaan kasut, anda perlu belajar mengenai kasut. Jadi, di online, anda pilih topik yang anda rasa anda minat dan boleh anda uruskan untuk masa yang lama.

 

Kajian keyword.

Di offline, kedai yang laku kebanyakannya di sebabkan lokasi yang strategik yang di miliki oleh kedai tersebut. Di internet pula, kedai anda akan laku jika anda mengutamakan keyword yang mempunyai banyak kali carian di lakukan oleh pengguna internet. Siasat keyword yang berkaitan dengan niche anda, cari keyword yang mempunyai banyak kali carian di enjin carian.

 

Cari produk atau perkhidmatan yang berkaitan dengan topik anda.

Sekarang, anda lakukan survey mengenai potensi keyword anda itu. Lihat sama ada terdapat banyak produk atau tidak berkenaan dengan topik anda. Senaraikan ia dalam notepad untuk kegunaan anda di masa hadapan.

 

Pilih nama doman dan hosting.

Jika anda ada wang beli sahaja hosting yang mahal dan mempunyai nama dalam perkhidmatan hosting. Ia untuk memastikan tiada masalah atau kurang risiko di kemudian hari. Jika tidak ada wang, pilih hosting yang agak murah tetapi boleh di harapkan. Anda boleh kaji sendiri di internet mengenai cara hendak memilih hosting, nama domain dan sebagainya.

 

Lukis draf mengenai website anda.

Sekarang, anda tulis draf mengenai website anda. Hasil dari pengalaman orang yang terdahulu, website jenis blog adalah yang paling sesuai untuk menjadi tapak perniagaan affiliate. Anda pilih theme dan edit theme mengikut minat anda. Jika anda ada wang, anda boleh upah freelancer untuk lakukannya. Ia bukanlah penyelesaian mutlak, anda perlu tahu bagaimana hendak melakukannya tetapi mengupah adalah untuk jimatkan masa.

 

Upload website.

Sekarang, anda upload website anda ke hosting yang anda beli sebelum ini.

Hiaskan blog dengan maklumat.

Masukkan dua atau tiga artikel berkaitan dengan topik anda. Sekarang, anda perlu latih diri sendiri untuk menulis artikel bagi blog anda. Masukkan apa sahaja yang boleh menjadikan blog anda ke hadapan berbanding blog-blog pesaing anda yang lain.

 

Daftar affiliate program

Sekarang, apabila perniagaan anda sudah wujud, barulah anda daftar program affiliate dan mula melakukan promosi bagi produk tersebut.

 

Promosi website anda.

Sekarang, anda belajar cara melakukan promosi bagi affiliate. Masa sekaranglah barulah anda membuka ebook berkenaan promosi dan pratikkan ia secara terus. Kejayaan  anda bergantung pada promosi anda.

 

KLIK SINI untuk Pakej Video Tutorial mengenai Affiliate Marketing & Email Marketing!

Intensive Live Group Coaching -Sistem Bisnes Online

Minggu lepas dan juga malam tadi saya ada terfikir & tertanya-tanya bagaimana lagi
saya boleh terus membantu bisnes anda..

Saya tahu ramai yang dah dapatkan ebook dan rakaman webinar dari saya baru2 ini.

Tapi setakat mana anda dah apply atau laksanakan apa yang ditunjukkan dalam
ebook & video tersebut?  Saya tahu masih ramai yang tak buat apa-apa atau mungkin confuse/keliru
dengan panduan ebook tu. Tapi kepada yang sudah mula buat, saya ucapkan
tahniah dan teruskan usaha anda.
 .

“Knowledge is Power but Applied Knowledge is the Ultimate Power”  

“Learn to Do & Do to Learn”

Jadi saya terfikir sesuatu dan bercadang nak adakan sesi coaching face-to-face
dalam group yang kecil untuk betul2 bantu anda setup sistem bisnes online
anda dan terus mulakan & buat duit secara online.

 intensive-live-group-coaching
Saya juga akan ajar anda segala TEKNIK & STRATEGI Online Marketing
yang saya dan sifu-sifu IM lain amalkan sehingga kami mampu menjana INCOME LUMAYAN setiap bulan.

Saya nak limitkan 3-4 orang saja dalam group tersebut, supaya senang
saya nak FOKUS dan GUIDE anda secara Personal.

Kalau ramai yang berminat kita boleh buat beberapa group. Setiap group cuma
ada 3-4 orang sahaja. Saya akan buat coaching  dalam 4-5 jam intensif  dan solid.

Saya akan ajar step-by-step semua yang saya tahu mengenai bisnes online
secara LIVE depan anda. So, anda boleh tanya & dapat jawapan on the spot.

Anda akan terus buat di laptop anda masa itu juga. Setup semua benda & tools yang akan saya
kongsikan nanti. Anda akan jimat banyak masa & duit dalam memulakan bisnes online anda sebab
saya akan berikan jalan mudah & “short cut”.

Anda tak perlu dah buat “Trial & Error” dan kesilapan-kesilapan yang pernah saya lalui dahulu.

Off course akan ada sedikit  bayaran tapi jangan risau ianya tak la mahal sangat.

Anggapkan ianya sebagai upah servis atau tuition fee je lah. Dan ianya cuma one-off
atau sekali saja. Tiada bayaran bulanan atau lain2 caj.
Yang penting anda dapat segala ilmu premium tersebut secara LIVE.
 small-business-coaching
Kalau anda pergi seminar2 bisnes online atau internet marketing di luar sana pun
anda kena bayar dengan harga yang tinggi juga tapi anda tak akan dapat personal
guide atau coaching.
 .
Tempat coaching, wifi internet dan makan disediakan. Jangan risau..
Anda cuma perlu hadir bersama laptop dan buku nota jer.
 .
..Saya ingat lagi masa mula-mula saya ikuti kelas Internet Marketing
yang dianjurkan oleh seorang sifu IM lebih kurang 3 tahun lepas..Masa tu saya memang almost ZERO pasal bisnes online dan Internet marketing… Tapi setelah mengikuti kelas tersebut, memang saya rasa bersyukur sangat sebab banyak perkara yang saya pelajari tentang selok- belok internet marketing dalam masa yang begitu singkat!Dalam masa 8jam sepanjang kelas tersebut saya rasa memang cukup berbaloi saya korbankan masa dan wang ringgit saya.
.
Yurannya memang tinggi tetapi saya ketepikan semua itu sebab saya memang dahagakan ilmu ketika itu. Ianya mempercepatkan proses saya untuk terus maju dalam bidang internet marketing dan
bisnes online ini. Ia umpama kita ambil jalan short-cut untuk sampai ke destinasi.
.
Jadi, sebagai tanda syukur, saya nak curahkan lah segala ilmu yang telah
saya dapati selama ini,  dalam bentuk Intensive Group Coaching!
.
Moga ianya dapat membantu usahawan-usahawan baru di luar sana lebih berilmu dan maju dalam bisnes. Terutamanya dalam dunia yang semakin mencabar sekarang ni.

Firesale Cuti Sekolah Raya Haji & Hari Malaysia

Salam hormat…

Seperti yang dijanjikan, saya akan bukakan akses kepada 3 Produk Digital Hot saya tapi dengan SPECIAL OFFER!

.
Jadi sempena Minggu Cuti Sekolah dengan gabungan Hari Raya Haji & Hari Malaysia yang kita cintai…
Buat pertama kalinya, saya nak berikan anda peluang untuk mendapatkan
semua produk HOT dan “Result Proven” saya, melalui FIRESALE CUTI SEKOLAH
SEMPENA RAYA HAJI & HARI MALAYSIA!

gambar-top-page-firesale2016

gambar-produk-di-onpay
Ianya mengandungi…

.
1) Pakej SISTEM BISNES PRO

Iaitu 7 Modul Ebook dan 3 Video
step-by-step bagaimana nak set-up
satu sistem online untuk close kan
sales secara automatik dan berterusan.

Just Set & Forget jer.. Pasang
sekali dan terus tinggal. Sistem
akan bekerja terus menghasilkan
income untuk anda secara konsisten.

Di dalam ebook & video ini saya
terangkan IN DETAIL kepada anda
dari zero, tentang pelbagai teknik
tarik trafik (prospek), kumpul
list hinggalah setting untuk Close
Sales secara Auto.

.
2) Rakaman Webinar Group Coaching

Di mana saya telah Bongkarkan
dalam Webinar tersebut hampir
segala ILMU dan STRATEGI RAHSIA
saya dalam menjalankan Bisnes
Online dan Internet Marketing
sehingga berjaya mendapat income
lumayan setiap bulan… itupun
secara part-time jer!

…antara topik-topik yang
dikongsikan dalam webinar
tersebut adalah…

+ Tools Internet Marketing Power
+ Teknik & Strategi Asas Kumpul List
+ Pengurusan List/Database
+ Setup Squeeze Page/Landing Page
+ Setup Website E-Commerce
+ Setup Autoresponder
+ Design e-Cover untuk ebook
+ Software Percuma untuk Graphic Design
+ Dan banyak lagi…

.
3) Ebook “7 Tips & Formula Kewangan”

[+] Di mana saya kongsikan ILMU PREMIUM
7 Formula & Tips Mudah untuk corakkan &
stabilkan keadaan kesihatan kewangan
anda secara Konsisten.

[+] Beza & Contoh Pendapatan PASIF & AKTIF.
Saya berikan contoh bisnes-bisnes
online & offline yang SEMPOI yang
boleh menjana Pendapatan Pasif
kepada anda setiap bulan!

[+] Apakah KESILAPAN-KESILAPAN yang
biasa dilakukan yang perlu dielakkan
sebelum kita terbeban dengan masalah
kewangan & hutang-piutang.

[+] Contoh Model PENYATA KEWANGAN peribadi
yang Simple untuk pantau keadaan kesihatan
kewangan kita sekeluarga
(softcopy excel diberikan).

..dan banyak lagi tips kewangan.

.
4) Bonus…??

Nak tahu apa Bonus yang saya
akan berikan? Sila KLIK SINI.

.
===============

.
Sekali lagi, anda boleh dapatkan akses ke semua
produk-produk tersebut DI SINI.

.
Moga FIRESALE ini dapat membantu anda mulakan
bisnes internet anda dengan BETUL & SUKSES.

.
Terima kasih.

.
Ikhlas,

Sensei Yusof
Coach Sistem Bisnes Online

Webinar Kelas Online Coaching (17 & 19 Ogos 2016)

Jadual Webinar

Apa yang akan dikongsikan dalam Kelas Online tersebut adalah
Overall Knowledge tentang:-

+ Internet Marketing Tools
+ Teknik & Strategi Asas Kumpul List
+ Pengurusan Database
+ Setup Squeeze Page/Landing Page
+ Setup E-commerce website
+ Setup Autoresponder
+ Design Graphic yg simple
+ Dan banyak lagi ilmu tentang memulakan Sistem Bisnes Online anda.

Sekiranya, anda hadiri seminar sehari untuk dapatkan ilmu-ilmu di atas

saya pasti harganya tak kurang dari RM250 – RM500!

Jadi, pastikan anda daftar sekarang kerana TEMPAT adalah TERHAD!

Saya akan buka akses pendaftaran hanya untuk 2 Hari sahaja, iaitu Isnin &
Selasa (15 & 16 Ogos)Selepas itu, pendaftaran akan ditutup.

 

Klik Gambar di bawah untuk membuat Pendaftaran Kelas Online Coaching…

 

online-coaching-on-blue-key-online-coaching-concept-modern-laptop-409030981

LEAD Technologies Inc. V1.01

High Angle View Of Businesspeople In Video Conference At Business Meeting

 

SATU PEMBAZIRAN JIKA INTERNET DI RUMAH TIDAK DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN RM 10 RIBU SEBULAN

Berapakah kos Internet di rumah anda? Ada yang kurang seratus dan ada yang kurang dua ratus. Setiap bulan kita bayar, dan setahun boleh mencecah RM 2000. Itu adalah kos menggunakan Internet di rumah . Namun, anda boleh jadikan kos ini sebagai modal. Modal yang boleh menghasilkan keuntungan bagi anda. Bagaimana? Sudah tentu anda perlukan bisnes Internet yang boleh memberikan produk atau servis kepada pelanggan anda. Projek income USD whatsapp adalah satu perniagaan yang kita boleh mula menghasilkan income dari rumah. Sudahkah anda bermula? KLIK SINI untuk dapatkan info lanjut tentang Projek income USD ini..

IM Entrepreneur 1 - Copy

Ramai orang yang nak cepat bersara dari kerja makan gaji.

Sebabnya mungkin kerana tak ada masa untuk diri,
Tak boleh jalan sana sini
Terikat pada waktu kerja dan lain lain

Tapi juga pernah tak anda terfikir,
bila untuk bersara dari bisnes?

Pernah tak anda terfikir,
yg anda kadang-kadang berniaga, sampai tak ada masa untuk diri sendiri
Tak boleh nak berjalan sana sini sebab sibuk berniaga
Terikat pada perniagaan.

Apa beza anda dengan orang makan gaji?
mungkin bezanya,anda hanya ada $$$ yang lebih.
Tapi kalau $$$ banyak,tak boleh nak enjoy tak guna jugak

Jadi, kalau nak enjoy cepat, kena la bersara cepat-cepat..
baru lah ada banyak masa..

macam mana nak bersara cepat dari bisnes?

$  Cari perniagaan yang tidak bermusim
$  Wujudkan 1 sistem pengurusan yang teratur
$  Cari produk yang bersifat keperluan
$  Pastikan sesuatu produk itu akan sentiasa dipakai oleh pelanggan
$  Jual produk bersifat keahlian kerana ia akan memberikan pendapatan yang pasif

Mudah bukan? Anda boleh goyang kaki,sambil bisnes automatik berjalan

Tapi kat mana nak cari produk yang akan sentiasa digunakan oleh pelanggan??
Saya ada beberapa cadangan bisnes online yang sesuai untuk newbie dan juga yang dah “otai”.. Lihat dalam website ini dulu ya..

LIMA SEBAB KENAPA ORANG KITA GAGAL BUAT DUIT DI INTERNET!

Saya senaraikan lima sebab kenapa orang kita sering gagal buat duit di Internet. Sekiranya anda bercita-cita untuk memulakan perniagaan Internet anda pada tahun 2016 ini, silalah baca dan sematkan dalam jiwa sebagai peringatan..

Usahawan-Millenium-Internet-Online-Marketer-Entrepreneur

1. Takut keluar modal. Nak bisnes mesti ada modal, tak perlu keluarkan beribu- ribu RM. Modal di bawah RM100 sahaja pun. Cuba fikir dan banding dengan bisnes kovensional, nak buka gerai burger pun perlukan RM1000.

2. Tak mahu belajar. Ramai yang fikir pening kepala walaupun belum mencuba. Mereka dah kerutkan dahi mereka sepertilah apa yang dipelajari di dalam bidang Internet Marketing ini sesuatu yang amat susah. Padahal, belum cuba lagi.

3. Tak mahu buat. Ini kes selepas belajar tetapi dibiarkan ilmu yang ada terperap sahaja. Akhirnya, lupa begitu sahaja. Belajar dan pratikkan itu yang penting.

4. Tidak tahan lama. Promosi bisnes dalam sehari dua, tiada sambutan sudah putus asa. Kemudian, terus salahkan itu ini. Padahal diri sendiri yang harus dipersalahkan. Saya syorkan buat apa-apa bisnes mesti tahan 3 bulan.

5. Tiada perwatakan seorang ketua. Kita tidak boleh harapkan telunjuk orang sahaja. Suruh buat itu, suruh buat ini, kita pun buat. Kita kena boleh berfikir dan buat analisa. Kita mesti mampu membuat perubahan jika perlu. Kita kena proaktif dan mengambil inisiatif.

{Kredit: sifu Aridz Aridztech}

2015 vs 2016

Pejam celik tanpa kita sedar tahun 2015 sudah hampir meninggalkan kita.. cepat sungguh masa berlalu.. Tak lama lagi tahun 2016 pula akan bermula. Umur pun semakin meningkat.

Sekolah pun dah bercuti panjang.. apakah plan anda hujung tahun ni? Takda nak pergi bercuti-cuti bersama keluarga ke? Saya insyaallah akan bercuti ke selatan (Johor Bahru & Mersing).. inilah masanya saya menikmati “masa kualiti” bersama keluarga selepas hampir setahun bertungkus-lumus bekerja dan menguruskan perniagaan-perniagaan saya. Saya juga harap anda mengambil langkah serupa. Tak perlu pergi tempat mahal-mahal pun, yang penting masa bersama keluarga. Tak kira betapa kaya pun kita kalau kita tiada masa dengan keluarga yang tercinta, tiada guna segala kekayaan tu. Betul tak?

Dalam bulan Disember ini juga amat sesuai untuk kita review semula pencapaian bisnes/kerja kita sepanjnag tahun 2015 dan merancang untuk tahun 2016.

Perkongsian/ nasihat saya kali ini

1) Bermula dengan IMPIAN.. Jangan takut memasang Impian sebab dengan adanya impianlah yang akan “memaksa” kita bertindak.

2) Jangan tunggu semuanya sempurna baru nak bertindak.. Maksudnya jangan tunggu perancangan cantik 800 mukasurat baru nak mula,TAPI bermula dengan sedikit dan ubah jika perlu. Kalau tak, sampai bila pun anda takkan bermula dan buat.

Nasihat Dr Azizan Osman

.. kalau nak berjaya kena ada 5 perkara ini:-

M – Mentor

E – Ilmu

S – Sistem

T – Tindakan

I – Intention (Niat yang betul)

Orang yang berjaya adalah orang yang terlebih dahulu membuat keputusan bahawa dia perlu berjaya. Mereka ini adalah orang yang tahu dengan JELAS kenapa dia perlu Berjaya. Ianya dipanggil “Big Why”! Iaitu tahu dengan sejelas-jelasnya kenapa dia perlu berjaya. Matlamatnya untuk ber sangat-sangat kuat dan besar sehingga tidak ada sebarang halangan yang mampu menggoyahkan keputusannya untuk berjaya.

Namun, kejayaan tidak akan tercapai dalam sekelip mata tanpa tindakan yang pantas dan berterusan. Ada orang akan kaya setelah berpuluh tahun berusaha. Ada yang langsung putus asa separuh jalan. Jadi di manakah anda sekarang?

Saya doakan semoga kita semua Berjaya, Kaya dan Sejahtera sepanjang tahun 2016 nanti dan juga tahun-tahun berikutnya. Aamiin.

4 Tabiat Jutawan Online Yang Boleh Anda Ikut dan Praktikkan

4 Tabiat Jutawan Online Yang Anda Perlu Tahu© Copyright 2010 CorbisCorporation

Sebagai manusia, kita pasti mempunyai tabiat dan kebiasaan dalam melakukan sesuatu perkara. Jika anda mahu berjaya, sudah pastilah anda perlu melihat kepada profil-profil individu yang sudah berjaya agar anda boleh mengecapi hasil yang sama.

Ramai orang yang ingin berjaya di luar sana suka MENIRU cara jutawan yang sedia ada dan menambah ilmu daripada mereka. Memang benar, tetapi, dengan meniru sahaja tidak memadai. Anda seharusnya memiliki dan mempunyai tabiat-tabiat para jutawan ini agar anda akan menjadi lebih baik daripada mereka pada masa akan datang.

Jadi, di sini saya mahu kongsikan kepada anda 4 TABIAT jutawan online yang boleh anda amalkan…

1. Kerja Keras

Untuk berjaya dalam sesuatu perkara, kita perlu berusaha keras untuk mencapainya..

Jika anda pernah baca kisah-kisah inspirasi mengenai student Sifufbads, ramai antara mereka yang sudah capai sales 5 angka, malah ada yang dah capai sales 6 angka sebulan..

.. tapi, apa yang kita tidak tahu adalah, kisah-kisah ‘disebalik tabir’ yang mereka hadapi untuk jadi seperti diri mereka sekarang ini.

Mereka tidak takut untuk BEKERJA KERAS dan keluar daripada zon selesa. Mereka tidak risau untuk melakukan perkara yang belum pernah mereka lakukan sebelum ini. Jika gagal, itulah rasa yang mereka gelarkan sebagai resepi untuk mencapai kejayaan.

Anda tanyalah mana-mana jutawan pun, sebenarnya tiada rahsia pun untuk menjana pendapatan yang tinggi dalam TEMPOH yang singkat. Yang ada hanyalah kerja keras yang KONSISTEN, disiplin yang tinggi, kecekalan untuk sentiasa bertindak dalam apa-apa keadaan sekalipun, dan terus-menerus BERDOA kepada yang esa.

Tiada SHORTCUT yang ada untuk berjaya.

2. Matlamat Yang Jelas

Pada peringkat permulaan, untuk dapatkan sesuatu perkara, kita perlu bekerja keras. Rahsia sebenar orang yang berjaya adalah mereka sanggup bekerja keras dan bersusah payah untuk capai impian mereka.

Kenapa?

.. kerana mereka tahu dengan kerja keras tersebut, mereka akan dapat hasil yang setimpal. Mereka ada MATLAMAT dan gol yang jelas. Ia boleh diibaratkan seperti pemain bola yang sanggup bersusah payah meredah sayap pertahanan pasukan lawan demi menjaringkan gol!

Untuk menetapkan matlamat yang jelas, anda perlu tetapkannya sejelas-jelas yang mungkin.

Ini antara contohnya…

Yang manakah anda rasa lebih bersemangat apabila membaca ayat-ayat dibawah :

“Apabila saya kaya, saya nak beli sebuah kereta yang mewah.” atau, “Apabila saya kaya, saya nak beli sebuah Lamborghini Aventador LP 750-4 Superveloce, warna merah.”

Yang mana satu pilihan anda yang anda rasa boleh memberi semangat kepada anda untuk bekerja keras?

Letakkan gambar matlamat anda di tempat yang anda SELALU lihat. Contohnya, dengan menggantungkannya di bilik tidur, menetapkannya sebagai wallpaper komputer anda, dan sebagainya.

Cara-cara ini boleh membuatkan anda semakin jelas dengan apa yang anda mahukan dan tidak fokus dengan matlamat yang kabur. Jadi, apa yang perlu anda lakukan sekarang, JELASKAN apa matlamat anda, apa perkara apa yang anda mahukan dan bayangkan apa hasil selepas bekerja keras untuk matlamat anda.

3. Berani Untuk Gagal

Rasa TAKUT untuk gagal biasanya akan membuatkan anda terlalu berhati-hati..

Jika anda terlalu berhati-hati dan takut untuk gagal, anda akan terlepas peluang yang ada mungkin sudah ada di hadapan mata anda. Semuanya disebabkan anda terlalu takut untuk melakukan sesuatu.

Mereka yang berjaya suka untuk mengambil cara dan jalan yang berbeza. Bagi mereka, daripada takut untuk gagal, lebih baik mereka gagal kerana mencuba. Dari kegagalan tersebut tu mereka akan dapat pengalaman yang berharga. Mereka tahu bahawa risiko dan kegagalan itu adalah lumrah bagi setiap keputusan yang dibuat.

Jadi, bukankah kita boleh belajar daripada setiap kesilapan yang kita lakukan?

Walaubagaimanapun, anda janganlah fikir yang anda akan terus gagal jika melakukan apa-apa keputusan di luar sana. Itu pemikiran yang kurang cerdik namanya.. tetapi, jika anda gagal, terima kegagalan tersebut sebagai satu titik permulaan baru untuk anda berusaha dengan cara yang lebih baik dan berbeza.

Ya, ianya mungkin agak memenat dan meletihkan, tetapi.. anda boleh menggunakan kegagalan itu sebagai penambahbaikan dalam hidup dan bisnes anda. Apabila anda sudah biasa dengan kegagalan, anda akan jadi semakin kuat dan tidak kisah dengan apa pun perkara yang berlaku. Asalkan anda boleh capai TARGET matlamat yang anda telah tetapkan.

4. Cari Mentor Jutawan

Jika anda mahu belajar menjahit, anda tidak akan jadi pakar dalam kemahiran itu dalam sekelip mata. Jika nak belajar sendiri, anda perlu AMBIL MASA. Jadi, anda perlu cari MENTOR yang boleh mengajar anda. Itulah cara paling PANTAS jika anda nak belajar sesuatu yang baru.

Anda sudah dapat menjimatkan masa yang anda luangkan untuk belajar berseorangan. Contoh, jika anda ingin belajar menjahit sendiri, mungkin anda akan mengambil masa selama 3 tahun dan lebih. Tetapi, jika anda mempunyai mentor, anda mungkin akan menjadi pakar dalam menjahit lebih kurang dalam tempoh setahun sahaja.

INGAT! Perkara yang paling penting jika anda ada mentor adalah, mentor tersebut akan memberi anda jalan pintas untuk capai apa yang anda nak. Mentor pastinya akan tunjukkan cara yang beliau sudah gunakan dan pastinya sudah terbukti berkesan..

Beliau takkan biarkan anda melakukan kesilapan yang sama seperti yang beliau pernah lakukan dulu.

Apapun, yang paling penting adalah, anda kena terus-menerus POSITIF dengan diri anda dan syukuri segala apa yang berlaku dalam diri anda. Setiap apa yang berlaku itu ada SEBAB dan MANFAATNYA. Lihatlah setiap kesilapan itu sebagai GURU yang mengajar kita agar kita melakukan perkara yang sama.

Baik, itu sahaja, semoga artikel kali ini memberi manfaat kepada anda.

Kredit: Sifu JaMaL (SifuFBads)

4 Kunci Menjadi Usahawan JUTAWAN

Apakah kunci-kunci untuk menjadi seorang usahawan JUTAWAN?

© Copyright 2010 CorbisCorporation

Menurut Dr Thomas Stanley, beliau telah melakukan penyelidikan keatas beratus-ratus usahawan jutawan dan mendapati 4 kunci yang perlu ada untuk menjadi seorang usahwan jutawan adalah…

1. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam orang-orang yang pandai berkomunikasi, terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.

2. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi

Seringkali dalam mencapai kejayaan, kita perlu bersaing- sama ada dalam perniagaan atau dalam tangga koprat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa.

3. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi

Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada teratas di dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi “Leaders are readers”, mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita. Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain.

4. Mencintai karier dan perniagaan

Tidak dapat dinafikan lagi, mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira penat lelah.

Persoalannya adalah: adakah anda memiliki 4 kunci di atas?

Kredit: sifu Irfan Khairi

4 Cabaran Bakal Usahawan (usahawan baru)

Terutamanya bagi bakal usahawan dan usahawan baru, tentunya pelbagai persoalanan yang bermain di kepala. Antara soalan-soalannya ada yang sehingga membuatkan diri sendiri takut untuk memulakan perniagaan! Jangan sehingga begitu… dalam apa sahaja masalah dan kerisauan, pastinya ada penyelesaian yang dapat merungkaikan kerisauan itu.© Copyright 2010 CorbisCorporation

Berikut adalah antara 4 top cabaran yang sering difikirkan oleh bakal usahawan, dan penyelesaian mudahnya…

1. Tak tahu nak mula di mana?

Mulakan sesuatu walaupun sedikit. Memulakan sesuatu itu akan memberi momentum dan semangat kepada diri kita untuk meneruskan usaha. Tidak kira apa sahaja perniagaan, mungkin mulakan sesuatu itu adalah semudah memulakan Facebook page atau Instagram untuk perniagaan itu (walaupun perniagaan belum bermula).

Apa yang penting- bermula sesuatu untuk memulakan momentum anda!

2. Takut bukan pakar

Tidak perlu jadi pakar untuk berniaga. Ketika saya mula berniaga saya bukan pakar periagaan Internet. Ketika saya mula mengajar kendalikan seminar atau workshop dan kelas, saya bukannya speaker pakar. Lihat sahaja chef-chef pakar di TV. Adakah mereka terus jadi pakar dan keluar TV? Ataupun bermula sedikit demi sedikit sehingga menjadi seorang yang pakar dan dikenali?

Kepakaran akan datang dengan pengalaman. Tapi, kalau tak bermula, mana nak dapat pengalaman bukan?

3. Nanti orang kata kita gila

Mulut orang kita tidak boleh tutup. Tambah-tambah mereka yang jenis takut pada perniagaan. Pastinya kata kita gila kerana memulakan perniagaan. Tapi, yang sering memberi kata-kata negatif adalah mereka yang tidak berpengalaman dalam berniaga.

Berjumpa dengan mereka yang berpengalaman dalam berniaga pastinya mereka akan memberi semangat kepada anda untuk teruskan usaha!

4. Takut gagal diri dan keluarga

Takut gagal adalah musuh utama. Gagal akan memberi pengajaran. Tetapi, takut gagal akan membuatkan kita tidak mengambil langkah pertama. Apatah lagi takut gagal dan melibatkan keluarga yang mempunyai high hopes untuk kita berjaya.

Di sinilah perlunya kefahaman dan perbincangan bersama keluarga. Pernigaan bukan semuanya indah dan berjaya sahaja. Kegagalan adalah sebahagian daripada apa yang perlu dilalui untuk berjaya. Terutamanya suami dan isteri perlu memahami ini dan memberi sokongan antara satu sama lain.

Sebelum berniaga, duduk berbincang bersama suami dan isteri terlebih dahulu supaya kedua-dua pihak faham ada kebarangkalian kegagalan dalam perniagaan. Dan sekiranya ini berlaku, sokongan adalah amat perlu untuk bangun semula dan cuba lagi.

Kredit: sifu Irfan Khairi